Bernadette Caulfield

Bernadette Caulfield ialah penerbit televisyen Amerika Syarikat. Beliau bekerja dalam siri drama ghaib The X-Files dan siri drama HBO Big Love dan Game of Thrones. Beliau telah dicalonkan di Anugerah Emmy untuk siri drama terbaik menerusi karyanya dalam Big Love,[1] dan memenangi empat Emmy bagi hasil kerjanya dalam Game of Thrones.[2]